Rabu, 6 Julai 2011

Jawatan Kosong Setiausaha di UiTM Document Services Sdn Bhd


SETIAUSAHA (Pembantu Peribadi)


KELAYAKAN


Warganegara Malaysia (berumur 20 hingga 30 tahun)


Minimum STPM/DIPLOMA


Mempunyai ijazah/diploma bidang kesetiausahaan adalah satu kelebihan.


Boleh bekerja lebih masa atau luar kawasan (mengikut keperluan).


Boleh bekerja dibawah tekanan.


Jujur,amanah dan bertanggungjawab.


Mempunyai lesen memandu dan mempunyai kenderaan sendiri.


Mempunyai pengalaman sebagai setiausaha atau pentadbiran.


Fasih berkomunikasi dan mesra dengan semua peringkat jawatan.


Boleh bekerja dibawah penyeliaan minima.


Boleh menguruskan jadual tugas Pengurus Besar.


Berpenampilan menarik.



Hantarkan permohonan anda ke alamat berikut :






Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran


UiTM Document Services Sdn Bhd


112/113, Tingkat 2, Blok 1,


Intekma Resorts & Convention Centre


Persiaran Raja Muda


Seksyen 7, 40000 Shah Alam,


Selangor Darul Ehsan


Atau email resume anda ke: badrul@uitmds.com.my


TARIKH TUTUP : 29 Julai 2011


Laman Sesawang : www.uitmds.com.my

Ahad, 3 Julai 2011

"Engkau Tak Sembahyang, Tapi Kau Tetap Kaya Dan Semakin Kaya"

Pernah tak korang berhadapan dengan situasi yang aku nyatakan pada tajuk entri aku kali ni?? aku pernah...sebab aku banyak bergaul dengan orang ramai dari kecik sampai aku besar.kehidupan aku ketika remaja sampai ke hari ini lebih kepada kehidupan sosial dan masyarakat..oleh sebab tu aku kerap berjumpa dengan pelbagai gelagat manusia..antaranya manusia yang tak pernah solat,tak pernah beribadat,mengaji pun tak reti, tapi ape yang dia buat, semua menjadi..buat bisnes, bisnes maju.duit semakin banyak..pelanggan semakin ramai..kaya dan bertambah kaya..aku????tetap camni dan terus bersyukur..

Tapi kenapa orang seperti itu, tuhan beri rezki yang melimpah ruah sedangkan dia langsung tidak mengigati tuhan dan tak beribadah..bagaimana pula dengan aku yang tak pernah tinggal solat dan berdoa supaya dimurahkan rezeki? adakah tuhan itu tidak adil???

Situasi inilah yang dipanggil "ISTIDRAJ"

ISTIDRAJ adalah kalimah yang sering ditujukan kepada seseorang yang sering dilimpahkan kekayaan dan kesenangan yang melimpah ruah sedangkan dia tidak taat kepada Allah dan sering melakukan maksiat.

Apa pula maksud ISTIDRAJ ?

ISTIDRAJ bermaksud, apabila Allah memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk seseorang manusia itu supaya dia menjadi lebih jauh dari NYA.

Biasanya manusia yang mendapat istidraj ini adalah seseorang yang menjalani kehidupan sehariannya dengan tidak mengamalkan kehidupan islam yang sebenar.Tidak solat, sering melakukan maksiat dan tidak taat dengan perintah Allah.

Anda mesti pernah mendengar kisah Qarun dan harta-hartanya.Qarun adalah contoh sesorang yang langsung tidak beribadat dan taat kepada Allah, tetapi kekayaannya tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun pada ketika itu. Perniagaannya menjadi, pelaburannya melimpah ruah, kekayaannya semakin banyak. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya tentang harta kekayaannya itu adalah datang dari Allah, maka Qarun dengan angkuhnya menjawab " Tidak..semua ini adalah hasil dari kebijaksanaanku". Dia nyata semakin angkuh dan jauh dari Allah. Saban waktu dia memperlekehkan pengikut-pengikut Nabi Musa yang terdiri dari orang-orang miskin dan papa. Akhirnya Allah memberi kan qarun balasan dengan menenggelamkan dia dan harta-hartanya kedalam perut bumi. Kisah ini terdapat didalam Al Quran.

Pernah anda terfikir jika anda semakin hari semakin kaya.semakin berjaya sedangkan anda tidak pernah solat?? semestinya dalam pemikiran anda menyatakan bahawa anda tidak solat pun anda semakin kaya dan berjaya..Subhanallah..mintak dijauhkan..Anda berjaya tetapi anda semakin jauh denga Allah.

Ingatlah, sekiranya kita tidak berjaya didalam ape jua perkara yang kita lakukan, jangan bersedih..cuba lagi..sentiasa minta pertolongan dengan Allah. Kegagalan adalah ujian keimanan anda yang sengaja diuji oleh Allah untuk mengetahui bertapa kuatnya iman dan kesabaran yang anda miliki. Bersyukurlah keatas segala ujian yang tuhan berikan kerana itu adalah tanda Allah masih lagi dekat dengan kita.

Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.....Ingatlah, tuhan itu Maha Adil..

Ahad, 26 Jun 2011

Kepimpinan Melalui Teladan (entri ku untuk bos)



Ape yang korang faham dgn tajuk entri aku kali nih?? aku pun sebenarnya tak berapa nak faham ape itu kepimpinan melalui teladan..ape itu kepimpinan dan ape itu teladan?? Kepimpinan berasal dari perkataan pemimpin...siapa plak yang dimaksudkan pemimpin?


Pemimpin dalam fahaman aku adalah seseorang yang boleh mempengaruhi orang lain..pemimpin yang berjaya adalah orang yang boleh mempengaruhi pengikut2nya supaya menuruti dan mengikut segala arahan yang diberikan..Pemimpin ni banyak jenis.dalam keluarga, Ayah merupakan pemimpin.Dalam negara, Perdana menteri, menteri2 itu adalah pemimpin..di tempat kerja, bos la pemimpin..so, setiap pemimpin yang dimaksudkan perlu menunjukkan teladan yang baik supaya orang bawahan terpengaruh dengan benda yang baik...ape akan jadi kalo pemimpin tak menunjukkan teladan tak baik??? orang bawahan pun akan terpengaruh la jawapannye...banyak persoalan kat sini..

yang aku nak keluh kesahkan dalam entri aku kali nih adalah kepimpinan di dalam sesuatu organisasi.bekerja dengan orang adalah tanggungjawab,amanah.Berdosa kalau kita tak jalankan tanggungjawab kita sebagai pekerja yang amanah.sebab kita menanggung tanggunjawab yang diberikan oleh majikan.Rezki yang diterima tak berkat.anak,keturunan kita yang akan makan rezki yang tak berkat tu..ape jadi kalo makan rezki yang datang dari sumber yang tak berkat????gejala sosial, buang bayi, gengsterisme, rempit,khalwat.keturunan yang tak elok.

apabila kita dipertanggungjawabkan oleh majikan untuk memimpin kakitangan syarikat, maka jalankanlah tanggunjawab tersebut dengan amanah.dedikasi.jangan ada sedikit pun perasaan pentingkan diri.kerja hanya untuk kepentingan diri.sentiasa lah kita melihat kebawah dan jangan terlalu mendongak keatas.orang cakap hidup ni umpama roda.kadang-kadang kita diatas..dan satu hari nanti kita akan berada di bawah.jadi, janglah lupa menjenguk kebawah.Jaga kebajikan pekerja-pekerja.betulkan niat bekerja untuk keuntungan syarikat..bukan untuk kuntungan atau kepentingan sendiri..baru berkat dunia akhirat.

Macam mana kita nak lihat pekerja bekerja dengan cemerlang sedangkan bos sendiri tak menunjukkan contoh yang baik..itu yang di maksudkan kepimpinan melalui teladan. " Bapa Kencing Berdiri, Anak Kencing Berlari "

-dengan harapan bos aku baca entri aku kali nih -

Rabu, 25 Mei 2011

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Setiap manusia tak sempurna. Saling melengkapi kekurangan, bukan mencari kesalahan....

Selasa, 24 Mei 2011

Tips Untuk Wanita Selepas Bersalin

Benarkah Wanita Kelihatan Hodoh Selepas Melahirkan Anak?
Ada beberapa orang yang ibu kenali tidak mahu mempunyai anak atas alasan berikut:

* Nanti aku gemuk bila beranak, badan tak solid dah...
* Perut akan buncit...
* Nipple akan hitam dan hodoh...
* Perut akan penuh dengan stretchmark ...
* Pigmentation yang banyak...
* Keinginan seks berkurang....
* Muka mula nampak tua ....
* Buah dada akan lembik dan melayut jika menyusukan anak....

Benarkah ini semua akan terjadi selepas kita melahirkan anak?
Jawapannya: Ya jika kita tidak menjaga pemakanan.

Bagaimana nak mengatasinya?

1. Jika takut gemuk
pastikan si ibu menyusukan anaknya exclusively 6 mths dan lagi bagus sehingga 2 tahun. Penghasilan susuibu itu sendiri akan membantu si ibu membakar kalori dalam badannya. Pengambilan vitamin sekadar cadangan agar badan lebih sihat, pembakaran gula menjadi tenaga, pembakaran lemak melalui pengambilan lecitin dan omega dan membantu dalam mendapatkan metabolisme yang optimum.

2. Bagi mengelakkan perut buncit
pastikan si ibu tidak mengamalkan minuman ber ais dan jangan sesekali mandi selepas makan. Ini antara faktor yang membantu perut si ibu cepat kelihatan buncit.


3. Nipple pastinya akan sedikit gelap dan kawasan earola akan membesar.
Melalui kajian ibu sendiri, lagi ramai anak maka lagi gelaplah kawasan earola tersebut. Bagaimana nak mengatasi? Jika berkemampuan, makanlah vitamin E beserta selenium ...kawasan earola akan pulih seperti sediakala dan warnanya akan kembali asal. Ibu dah lakukan ujian ke atas ramai ibu dan mereka mengakuinya.

4. Perut akan penuh dengan stretchmark jika si ibu tidak menjaga pemakanan.
Amalkan memakan buah2 yang tinggi kandungan vitamin C. Vitamin C juga dikenali sebagai vitamin yang membantu menghilangkan selulit disamping protien dan b complex.


5. Pigmentation yang banyak...ada ibu2 yang mengalami pigmentation yang teruk terutama di kawasan muka.
Bagaimana nak mengatasinya? Pengambilan vitamin C, Vitamin E beserta selenium dan Protien sangat membantu mengurangkan dan menghilangkan pigmentation jika diamalkan dengan konsisten.

6. Keinginan seks yang berkurang selalunya dikaitkan dengan faktor hormon terutama buat ibu yang menyusu.
Semasa penyusuan hormon estrogen yang merundum dan hormon prolaktin akan meningkat maka si ibu akan merasa dingin untuk bersama selain kekeringan. Untuk mengatasinya ialah pengambilan vitamin E beserta selenium di samping pengambilan alfalfa yang konsisten.

7. Muka kelihatan tua dari umur atau ertikata lain kelihatan kusam.
Ianya boleh terjadi jika si ibu tidak menjaga pemakanannya. Pemakanan yang seimbang sangat membantu ibu2 mendapatkan semula zat yang telah digunakan sepanjang mengandung dan penyusuan. Jika zat ini tidak diganti dengan sempurna, si ibu akan kelihatan kusam, tidak bermaya, lesu , swing mood dan stress serta akhirnya susuibu akan mula merundum kerana si ibu sendiri tubuhnya tidak sustained dengan kesihatan yang sering terganggu.

8. Buah dada akan lembik dan melayut...
ini akan terjadi apabila pemakaian coli yang tidak menampung bentuk buah dada itu sendiri selain pemakanan yang tidak seimbang. Makanan yang mengandungi kandungan protien yang baik membantu mendapatkan keanjalan buah dada serta pengambilan alfalfa membantu mencantikkan bentuk buah dada itu sendiri. Namun ini tidak akan berlaku ke atas lelaki yang mengamalkan pengambilan alfalfa.

dan akhirkata:

Melahirkan anak adalah satu tuntutan dalam agama kerana meramaikan umat... dan mendapat pahala meramaikan umat nabi Muhammad. Kecantikan itu bersifat subjektif namun kita boleh berusaha ke arah kecantikan. Bak kata orang kecantikan adalah milik setiap insan.

Ahad, 22 Mei 2011

Ayat Standart Yang Boleh Mendatangkan Bengang


Ni aku nak utarakan ayat-ayat standart orang melayu yang dari dulu sampai skang aku tak paham kenapa ayat ni selalu dan masih digunakan...aku ingat makcik-makcik je pakai..bleh mendatangkan bengang tau..hehehe..jom kita tengok.

1) waktu kita masih baby
" lor,kurusnye anak ko nab (nama mak contohnye)...ko tak bg makan ke" atau
" lor, gemuknye anak ko nab, terlebih selera nih..

: kurus salah, gemuk pn salah.

2)Waktu bujang
" Ko nih biler nak kawin,ko tengok si fatin tu...dah ada anak 2 dah" atau
" mudanye ko kawin, ko boleh ke jaga laki ko nanti"

: kawin lambat salah, kawin cepat pn salah.
3) Dah kawin
" hai siti, dah berisi belum..cepat-cepat la sikit...mak ko tu dah tak sabor nak bercucu" atau
"hai siti, express betul ko ye...baru kawin terus lekat baby dah.."

:dapat anak lambat orang mengata, cepat pun mengata..

4) Dah dapat Baby
-Ulang balik ayat yang sama no 1 -

* Nampak !! aku tak la mengkaji setiap orang pun pasal ayat-ayat diatas..cuma dari kecik sampai aku besar,aku dihidangkan dengan ayat-ayat di atas oleh makcik-makcik yang bleh tahan mulutnye...buat tu salah, buat ni mengata....Terima Kasihlah makcik sebab amik berat pasal saye yeh...nasib aku bukan artis...

caloooo

Jumaat, 20 Mei 2011

Lirik Lagu Mawi Feat Akhil Hayy - Hambamu (Lagu Tema Imam Muda)


LIRIK MAWI - HAMBAMU (FEAT AKHIL HAYY)

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (ALLAH)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (ALLAH)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam